Jumat, 23 September 2011

HIDUP IBARAT RODA


Hidup ini umpama putaran roda, ada masa kita berada di atas, ada masa akan berada di bawah.

Dari kecil saya sudah mendengar kata-kata di atas. Entahlah, kenapa mesti sejak kecil. Mungkin juga abang serta kakak saya waktu itu sedang belajar kata pepatah, peribahasa atau kata bidalan. Ya, mungkin.

Menjadi pelajar, akhirnya saya berpeluang untuk mendalami ungkapan ayat tersebut. Memang ianya kena pada banyak situasi. Dulu, saya sering mengaitkan ayat tersebut kepada golongan artis  (waktu itu saya gila membaca Majalah MEDIA). Ya lah, kehidupan artis kan tidak selamanya berada di zaman popular, ada masa akan jatuh juga dan akhirnya akan hilang dalam ingatan masyarakat.

Bila menjejaki alam kerjaya, saya mula mengaitkan ungkapan ini dengan situasi yang lebih real, iaitu situasi di persekitaran kerja. Dalam sesebuah organisasi, kita maklum adanya tingkat-tingkat kepimpinan. Ada yang menjadi ketua, ada yang menjadi pekerja biasa. Ada ketua yang baik, ada ketua yang dihormati, ada ketua yang disegani, ada ketua yang ditakuti, ada ketua yang langsung tidak dipandang oleh golongan bawahan dan sebagainya.

Tetapi yang biasa terjadi ialah – ketua yang ditakuti tapi tidak dihormati. Golongan seperti ini selalu wujud dalam organisasi. Ketua yang ditakuti biasanya mempunyai kebolehan untuk mewujudkan suatu perasaan takut atau tertekan di kalangan pekerja bawahan atau rakan sekerja. Takut untuk bekerjasama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar